Tentang Blog

Tak kenal maka tak cinta. Berapa ramai umat islam di luar sana yang mengenali Rasul mereka. Adkah cinta akan wujud sekiranya kita tak kenal pada seseorang. Cinta akan wujud seandainya kita benar2 ikhlas dan mengenali lebih2 lagi melakukan sama seperti orang yang dicintai lakukan. Cinta itu juga terpamer di hati Orang yang dicintai.
     Blog Syamail Muhamadiyah adalah himpunan hadis yang berharga yang menghuraikan secara terperinci keperibadian Rasullah serta perilaku dan sahsiah berdasarkan Hadis2 yag direkodkan oleh imam ibnu At-Tarmizi. Pembaca dapat memanfaatkan himpunan hadis Nabi dalam menjadikan kehidupan harian mengikut sunnah Nabi Muhammad.
 
 Blog ini membahaskan lima aspek kehidupan Nabi Muhammad :

  • Fizikal
Tanda kenabian,rambut,uban,celak,berbekam,pakaian,aksesori,kasut,sandal,cincin,pedang,baju besi,pelindung kepala,serban,sarung dan tempat tidur.

  • Perilaku
Cara berjalan,duduk bersandar,bertopang,tidur,makan,jenis roti,lauk,gelas minum,dan buah-buahan.

  • Ibadah
Wuduk,doa,wangi-wangian,solat dhuha,solat sunat dirumah,puasa dan membaca al-quran

  • Hubungan sosial dan akhlak

Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.

  • Kehidupan

Nama2 Rasulullah, usia, kewafatan, warisan, dan mimpi melihat Rasulullah.



Cintalah Rasulullah.

No comments:

Post a Comment